Pages

Rabu, 28 Oktober 2015

MADRASAH AL-HUSNA MEMERLUKAN BANTUAN


Madrasah Al-Husna terletak di Kampung Jelor Hulu, Pasir Puteh, Kelantan. Buat masa ini, madrasah sedang giat dibangunkan untuk kemudahan penduduk tempatan. Dalam mencapai hasrat ini, pihak madrasah di bawah kendalian:

En. Amil Rudin  (019-969 2699) 
Ustaz Azib (014-543 5815)
En. Azizi (019-928 1813)

yang merupakan Ajk madrasah memohon bantuan orang ramai bagi merealisasikan hasrat membangunkan madrasah ini.

Pihak madrasah amat memerlukan bantuan kewangan untuk menaiktaraf madrasah seperti membina pejabat khas, menaiktaraf sistem audio, membeli perabot yang diperlukan dan lain-lain. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun seperti berikut:

Akaun Madrasah Al-Husna 
03090020825364 

Bank Islam Malaysia Berhad















Pihak madrasah telah merancang pelbagai program untuk menarik minat lebih ramai penduduk terutama dikalangan muda-mudi supaya bersama-sama mengimarahkan madrasah. Antara program yang dijalankan setakat ini ialah:
1. Majlis berbuka puasa
2. Majlis solat hajat untuk pelajar UPSR
3. Majlis khatam al-Quran
4. Kuliyah Harian/Mingguan/ Bulanan

dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan. Tanpa dana yang kukuh, segala aktiviti yang akan dijalankan mungkin tidak dapat diteruskan. Oleh itu, pihak madrasah amat mengalu-alukan orang ramai yang inginkan saham akhirat agar sama-sama menderma/mewakafkan sedikit harta untuk tujuan yang baik ini.









PERKHIDMATAN MENGASUH BAYI DAN KANAK KANAK


Assalamualaikum...

Saya menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi dan kanak-kanak di Prima Damansara. Tempat adalah sangat terhad. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Puan Zalina : 011-15677590

Sekian Terima Kasih

Rabu, 21 Oktober 2015

HARGA PEMADAM API / FIRE EXTINGUISHER PRICE


Harga Pemadam Api (kemaskini Jun 2021)



           
Kami merupakan syarikat bumiputera yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN.
Untuk permintaan sebutharga, sila nyatakan:
1. Jenis Pemadam Api
2. Jumlah Tong 
3. Nama Syarikat Berserta Alamat penuh
4. Lokasi untuk letak pemadam api

Dapatkan katalog DI SINI

*** PENGHANTARAN AKAN DIBUAT 5-15 HARI BEKERJA ***




" STOK PEMADAM API ABC POWDER 9KG 

ADALAH AMAT TERHAD "

Isnin, 19 Oktober 2015

MENUNDA KEMATIAN DENGAN BERSEDEKAH


Hanya Allah sajalah yang mengetahui kematian seseorang. Ada suatu kisah islamik yang patut dijadikan teladan dan dijadikan bahan renungan. Kisah seorang pemuda yang berjaya menunda kematian hingga menjadi tua hanya dengan bersedah. Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as, Beliau mempunyai seorang murid yang akan berkahwin. Tapi sebelum pemuda ini berkahwin, Nabi Ibrahim as didatangi oleh malaikat yang memberitahunya bahawa usia pemuda itu tidak sampai sehari lagi.Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh salah seorang muridnya, dan ia menceritakan bahawa ia akan menikah besok pagi. Setelah berbincang, anak muda tersebut meninggalkan Nabi Ibrahim. Beberapa saat kemudian, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim dan bertanya,

"Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" tanya Malaikat Maut.
"Yang anak muda tadi adalah sahabat sekaligus muridku," jawab Nabi Ibrahim.
"Ada apa dia datang menemuimu?" tanya Malaikat Maut lagi.
"Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan besok pagi," jawab Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak itu tidak akan sampai besok pagi," jelas Malaikat Maut.

Setelah berkata demikian, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Keesokan harinya Nabi Ibrahim berjalan menuju rumah pemuda tersebut, dan alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat pemuda itu masih dalam keadaan hidup. Dan pemuda itu akhirnya melangsungkan pernikahan dengan lancar. Nabi Ibrahim turut bahagia melihat muridnya menikah.

Walaupun gembira, bercampur rasa sedih, rasa kasihan kerana Nabi Ibrahim tahu bahawa kebahagiaannya tak akan lama. Namun lain pula yang terjadi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim melihat anak muda ini panjang umurnya, hingga usia anak muda ini 70 tahun.

Nabi Ibrahim merasa kehairanan, dan tak lama kemudian malaikat datang menemuinya. Nabi Ibrahim bertanya tentang keganjilan itu, kerana Malaikat tidak pernah akan berbohong.

"Apa gerangan yang membuat Allah SWT menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu dulu?" tanya Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup hingga sekarang," jelas Malaikat.

Kematian memang di tangan Allah. Cepat atau lambat kematian adalah hak Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, bila disebut ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah SEDEKAH. Jadi tunggu apa lagi, mari kita bersedekah semampu kita bagaimanapun keadaan kita, entah sedekah dengan harta, tenaga dan sebagainya.

SPESIFIKASI PEMADAM API / FIRE EXTINGUISHER SPECIFICATION

Spesifikasi yang ditawarkan oleh FLAMMART
DOWNLOAD KATALOG 2019


MISTERI SEGITIGA BERMUDA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Segitiga Bermuda adalah misteri yang belum dapat dirungkai sehingga kini.  Peristiwa kehilangan tanpa jejak di Segitiga Bermuda adalah fakta yang telah menyebabkan munculnya banyak teori dan spekulasi. Rasa ingin tahu menyebabkan banyak pihak ingin mencari pencerahan. Perbagai pendapat dan teori muncul entah salah atau benar.

Dimana Lokasi Segitiga Bermuda?
Dewan rasmi bidang geografi AS bahkan tidak dapat memastikan lokasi sebenar Segitiga Bermuda. Namun, berdasarkan fakta Segitiga Bermuda adalah tempat yang sangat nyata di mana kapal, pesawat dan orang-orang telah menghilang tanpa penjelasan yang pasti.
Segitiga Bermuda adalah sebuah daerah di bagian barat Samudera Atlantik Utara, dan dibatasi oleh titik-titik di Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Ini meliputi kurang dari seribu mil pada satu sisi atau mencakup sekitar 500.000 mil persegi.

Mengapa Segitiga Bermuda Penuh Misteri?
Alasan pertama adalah kerana di wilayah Segitiga Bermuda telah terjadi banyak kehilangan kapal dan pesawat terbang lalu tak seorang pun dapat memberi penjelasan terperinci tentang fenomena tersebut.

Berdasarkan komunikasi terakhir dengan para pilot pesawat sebelum menghilang, mereka mendapati terdapat kerosakan tiba-tiba pada peralatan navigasi penerbangan dan peralatan, kompas berputar dan memberikan pembacaan palsu, serta radio tidak berfungsi sehingga komunikasi terputus. Mengapa dan bagaimana itu terjadi? Sehingga kini tidak ada penjelasan logik tentang keanehan tersebut.

Seterusnya, banyak khabar angin dan cerita-cerita yang berkembang. Salah satunya cerita yang dikaitkan Segitiga Bermuda dengan kejadian supernatural dan dunia lain. Ada juga yang berpendapat bahawa Segitiga Bermuda adalah tempat rahsia makhluk luar angkasa di planet bumi. Lalu dikaitkan juga dengan adanya penampakan piring terbang (UFO), cahaya dan cuaca aneh.

Misteri Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam
Perbahasan tentang Misteri Segitiga Bermuda agak sedikit jelas dengan gambaran yang diberikan oleh Rasulullah Muhammad SAW. Hadist tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila salah seorang berada ditempat yangg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"

 Dalam hadits lain dari Jabir radiyallohu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasallam:
"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas lautan dalam riwayat lain di atar air dan kemudian dia pun mengutus pasukannya. (HR. Muslim: 2813).

Firman Allah SWT dalam Al-qur’an, 
Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing (Arrahman: 20-21)

Ternyata wilayah Segitiga Bermuda adalah wilayah pertengahan antara benua Amerika bagian Utara dan Afrika di mana terjadi pertemuan antara dua arus, iaitu arus panas dari Afrika dan arus sejuk dari Amerika Utara. Tempat tersebut termasuk ciri-ciri tempat yang disukai oleh syaitan dan Iblis. Maka sedikit terungkap mengapa Segitiga Bermuda tidak sesuai untuk manusia. Mereka tidak akan pernah mengizinkan manusia memasuki wilayah tersebut. Walaupun ada yang berjaya pasti didahului dengan perjanjian ghaib. Sebahagian yang tertangkap dijadikan tidak beriman lalu mati dalam keadaaan tersebut.

Pendapat lain mengatakan bahawa menurut Syaikh Imam M,  Iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan Segitiga Bermuda tetapi sentiasa berjaga di sekelilingnya untuk menghalangi setiap manusia yang cuba memasuki titik tengah kawasan tersebut. Apa yang terdapat di tempat tersebut? Jika manusia berjaya memasuki tempat tersebut maka mereka akan tahu tentang kebenaran alam dan akan enggan kembali ke dunia.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah cuba memasuki kawasan misteri itu. Dan sekembalinya dari tempat itu, mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk didekati

Kebenaran hanyalah milik Allah! Wallahualam!

Kesimpulan
Segitiga Bermuda adalah sebuah tempat yang menjadi pusat peradaban Iblis dan cucu-cucu Syaitannya.  Fenomena dan Misteri Segitiga Bermuda mungkin berada di wilayah lain di muka bumi ini, kerana keturunan Iblis akan memiliki kerajaan baru sepanjang waktu, dan tempatnya selalu di wilayah bertemunya dua hal yang berlawanan, seperti panas dan sejuk.

Sekian...


Rabu, 14 Oktober 2015

PERKHIDMATAN MENYELENGGARA ALAT PEMADAM API (SERVICE FIRE EXTINGUISHER), ISIAN SEMULA (REFILL)

Harga Selenggara Pemadam Api (kemaskini 1 Jun 2021)


Bagi pengguna pemadam api sama ada agensi kerajaan, swasta, pejabat dan premis perniagaan, maka pemadam api perlu diservis setahun sekali bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak BOMBA kecuali kegunaan sendiri seperti di rumah dan kereta. Tong pemadam api hanya boleh digunakan selama 10 tahun mengikut piawaian BOMBA.

Di sini saya ingin menawarkan servis pemadam api termasuk:
1. Pembaharuan sijil bomba
2. Membuat Isian semula serbuk kering atau Co2 (Refill)
3. Menukar alatganti yang rosak
2. Memeriksa tekanan gas

Syarat-syarat untuk servis pemadam api:
1. Tong warna merah sahaja
2. Tong kurang daripada 10 tahun penggunaan, maksudnya tong
    tahun 2012 dan ke atas. Sila lihat Manufacture Date di tong.
3. Mulai tahun 2020, setiap tong yang ingin diservis perlu
    disertakan dengan lokasi tong digantung. Contoh:
    a. aras bawah - Dalam Pejabat
    b. aras 1 - Luar Pejabat    
    

Kebiasaannya proses servis pemadam api mengambil masa selama 14-21 hari bekerja bergantung kepada pihak bomba meluluskan lesen bomba.


RM50/unit, 
NORMAL SERVIS TANPA ISIAN SEMULA
-memperbaharui lesen bomba
-memeriksa tekanan gas


RM70/unit,
SERVIS SECARA PUKAL
-memperbaharui sijil bomba
-memeriksa tekanan gas
-menukar alatganti yang rosak jika perlu
-membuat isian semula Powder atau Carbon dioxide (Refill)

***Harga tidak termasuk kos ambik dan hantar tong pemadam api***


Sila hubungi untuk sebarang pertanyaan
Call/Mesej/Whatsapp/Telegram/email
No.Phone: 019-452 6065 (FADLIEY)
Office: 03-61577494 (R&A MTD)
Email: lieyraikkonen@gmail.com / rnamtd@gmail.com

Sekian Terima Kasih

KISAH IMAM AHMAD DAN SELIPAR
















Pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal adalah zaman Iraq diperintah oleh seorang Amirul Mukminin dari Khilafah Abbasiyyah, Al-mutawakkil Ala Allah Jaa'far bin Mu'tasim, khalifah yang menggantikan saudaranya Al Mu'tasim yang wafat pada tahun 323 H. Khalifah al Mutawakkil mempunyai seorang jariah yang beliau sayangi. Ditakdirkan suatu hari, jariah itu telah dirasuk jin. Telah bermacam ikhtiyar beliau usahakan namun masih gagal. Akhirnya, beliau telah dinasihatkan untuk meminta ubat dengan Imam Ahmad.

Khalifah al Mutawakkil telah menghantar wakil untuk bertemu dengan imam Ahmad. Cubaan pertama telah gagal kerana Imam Ahmad enggan untuk pergi ke Istana. Beliau berhujah jika pihak istana mahukan khidmat beliau, seharusnya pihak istana datang kerumah beliau. Percubaan kedua yang hadir bersama surat rasmi juga tidak diendahkan oleh Imam Ahmad. Khalifah al Mutawakkil menghantar utusan ketiga dan mengarahkan utusan itu agar jangan pulang kecuali dengan hasil.

Atas permintaan itu, Imam Ahmad mengambil seliparnya dan diberikan kepada utusan itu. Beliau menyuruh utusan itu memberikan seliparnya kepada Khalifah al Mutawakkil. Kemudian khalifah al Mutawakkil perlulah mengangkat selipar itu lebih tinggi dari kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...". Segeralah pulang utusan dengan membawa selipar Imam Ahmad.

Terdesak dengan keadaan jariah nya itu, Khalifah al Mutawakkil pun mengikuti segala pesan Imam Ahmad bin Hanbal. Diangkatnya selipar itu melepasi kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...".

Selepas disebut kalimah itu, terbit dari belakang jariah itu beberapa lembaga hitam dan lari dengan segera. Sebelum pergi jin itu berkata, " .... wahai khalifah, nasibku baik kerna engkau menyuruh aku keluar dari tubuh nya sahaja, jika engkau menyuruh aku keluar dari Iraq, tidak akan kusentuh bumi Baghdad ini..."

Rabu, 7 Oktober 2015

KATA-KATA IMAM AS-SHAFIE

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" Imam As-Syafie 

"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)  

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.  (Imam Syafii) 

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam SyafiĆ­) 

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie) 

Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie) 

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie) 

"Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie) 

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie) 

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie) 

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.” (Imam syafie) 

 Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

4 perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih (Imam syafie) 

"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie) 

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie) 

Akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu. (Imam syafie) 

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e 

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie  

"Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini.."[Imam Syafie] 

"Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui"  - Imam As-Syafie

Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. -Imam Al-Syafie

Setiap kali ilmu aku bertambah banyak, maka aku bertambah tahu bahawa akulah orang yang jahil. -Imam Syafie

Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan -Imam As Syafie

"Sebelum tidur solat Isya' dan banyakkan istighfar, sebab kita tak tahu mati itu (Imam Syafi'e) 

"Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu" - Imam As-Syafie 

Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak. (Imam Syafie) 

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. -Imam As Syafie 

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera -Imam As Syafie

"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya." (Imam syafie) 

"Janganlah kamu melihat akan kejahilan seseorang itu kerana sesungguhnya kejahilan itu ada pada dirimu sendiri. (Imam syafie) 

"Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" (Imam syafie) 

Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya. - (Imam syafie) 

Sesuatu yang benar Tetapi Bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian - (Imam syafie) 

Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di Hati orang-orang yang melakukan Maksiat. - (Imam Syafi'e) 

Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima) (Imam Syafi'e) 

Selasa, 6 Oktober 2015

DIPOTONG TANGAN KERANA BERSEDEKAH


Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam
kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang
kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang
kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja
gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang
bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan
orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia
menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam
keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke
rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang
kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah
tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa
anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis
tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami
hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya
dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga
telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya
menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya
melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa
orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan
tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba
terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu
wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti
dengan ikhlas keranaKu, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan
kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan
tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam
keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan
menggunakan tangan kanan. 

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu
kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka
sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia
telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya
dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa
menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah
S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila
dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama
dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

KISAH KEBERKATAN MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.