Pages

Khamis, 17 September 2015

SUATU KETIKA DI DALAM SYURGA


       Suatu ketika di dalam syurga Allah S.W.T selesai mencipta Malaikat Jibrail A.S . Jibrail diciptakan Allah dengan rupa paras yang sangat cantik dengan bersamanya ada 600 pasang sayap dan ada juga pendapat lain mengatakan 124,000 sayap yang panjang dan cantik. Panjang sayap itu antara timur dan barat.

     Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendirinya dan berkata ' wahai Tuhanku adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku ' lalu Allah berfirman yang bermaksud 'tidak' kemudian Jibrail berdiri lalu bersolat sebanyak dua rakaat sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,00 tahun.   



    Setelah selesai Jibrail A.S bersolat,maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud ' wahai Jibrail,kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan paling aku cintai,namaya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka mengerjakan solat dua rakaat sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa dan serba kekurangan, fikiran mereka melayang macam-macam dan dalam keadaan berdosa. Maka demi kemuliaanKu sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu sedangkan engkau mengerjakan solat bukan atas perintahKu'.


      Kemudian Jibrail A.S berkata : 'Ya Tuhanku,apakah yang engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran ibadah mereka ?' lalu Allah menjawab dengan firmanNya ' Ya Jibrail , Aku berikan mereka syurga Ma'waa.... '


     Kemudian Jibral A.S meminta keizinan dari Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail mendapat izin dari Allah S.W.T, maka pergilah Jibrail A.S dengan mengembangkan sayap dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya jarak perjalanan yang ditempuh ialah 3000 tahun, terbanglah Jibrail AS selama 300 tahun sehingga dia berasa letih lalu singgah berehat di bawah sebuah pohon dan dia bersujud kepada Allah lalu bertanya ' Ya Tuhanku adakah aku telah menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertigaya atau seperempatnya ?' kemudian Allah S.W.T menjawab dalam firmannya yang bermaksud ' wahai Jibrail, kalau engkau dapat terbang selama 3000 dan meskipun Aku memberikan kekuatan yang egkau miliki, lalu Engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai satu persepuluh dari beberapa puluh yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap ganjaran solat dua rakaat yang mereka kerjakan .... '


         Walaupun kita umat Muhammad, dikurniakan umur yang pendek tetapi ganjaran amalan mereka menyamai ataupun lebih dari umat-umat terdahulu :) 


 Kesimpulannya


 - Allah menyembunyikan Redha Nya dalam Taat

 - Allah menyembunyikan Murka Nya dalam Maksiat
 - Allah menyembunyikan nama namanya yang indah di dalam Al-Quran
 - Allah menyembunyikan malam teragung dalam Bulan Ramadhan



Rabu, 9 September 2015

KISAH BENAR !!! MAK TAK PAYAH TAHLILKAN SAYA,SAYA DAH LAMA KELUAR DARI ISLAM



Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.
Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.
Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.
Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda.
Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak KHINZIR. “Ala, bukan nak makan KHINZIR tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat….” Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.
Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. “Binatang KHINZIR! Binatang anjing!” kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.
Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam.
Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat.
Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata “Oi KHINZIR, anjing, beruk! Tak boleh harap….menyusahkan orang, celaka!” Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar.
Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak….dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya.
Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya.
Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa.
Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. “Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka,” sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. “Mak ooiii…..!! Ayah ooiii!! Tolonglah…! Allah Tuhanku….minta tolong…! Mak ….ayah…tolonglah!” suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti,” cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa.
Kepalanya menjadi kepala seekor KHINZIR! MasyaAllah…. Ramai orang menyaksikannya….satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu….Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: “Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam….” menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. “Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa.
Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf….Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak…” Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua….wallahualam.

Selasa, 8 September 2015

KISAH KISAH WALI ALLAH



KISAH LUAR BIASA HAMBA ABDI



Pada suatu hari Syeikh Abdul Wahid bin Zaid penganti kepada ahli sufi terkenal Hassan Al-Basri dan mempunyai salsilah Fudhail Bin Iyadh serta pernah mendapat didikan dan berguru dengan Imam Abu Hanifah,pengasas mazhab hanafi berjalan di pasar
Tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual di pasar. Syeikh Abdul Wahid ingin membeli hamba untuk membantunya kerja-kerja di rumahnya.

Hamba yang dibelinya itu seorang yang sangat rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh Syeikh Abdul Wahid dengan tekun sekali. 

Syeikh Abdul Wahid merasa hairan tentang perilaku pelik luar biasa hambanya, iaitu di waktu malam tidak ada di rumah walaupun Syeikh Abdul Wahid puas mencarinya sedangkan pintu rumahnya tertutup dan tiada tanda-tanda pintu dibuka. 

Pada waktu pagi, hamba tersebut memberikannya sekeping wang dirham yang terukir di atasnya surah Al-Ikhlas. Hamba tersebut, menyatakan jangan ditanya kemana dia pergi. Syeikh Abdul Wahid menerimanya dan tidak mahu mengetahui apa yang dilakukan dan kemana hambanya pergi pada malam hari. 

Setelah sekian lama, pada satu hari datang seseorang mengadukan kepada Syeikh Abdul Wahid tentang perilaku hambanya kerjanya mengali kubur orang meninggal dunia.

Syeikh Abdul Wahid terkejut tentang apa yang telah diberitahu oleh kenalannya dan berjanji akan menyiasatnya terlebih dahulu. 

Pada suatu malam, Syeikh Abdul Wahid mengintai gerak-geri hambanya tanpa diketahui olehnya. Syeikh Abdul Wahid melihat dengan jelas dan pelik bagaimana pintu bilik hamba itu dibuka dan ditutup hanya dengan menghala jarinya sahaja.

Syeikh Abdul Wahid terus mengekori hambanya sampai ke suatu tempat lapang di padang pasir. Hambanya menukar pakaiannya kepada pakaian yang diperbuat daripada guni.

Hambanya menunaikan solat sehingga terbit fajar. Setelah selesai solat hambanya terus berdoa dan memohon kepada Allah, "Wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil."

Luar biasa, selesai berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit. Syeikh Abdul Wahid memerhatikannya dengan perasaan hairan dan takjub sekali. 

Oleh kerana hari hampir siang, Syeikh Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwuduk dan menunaikan solat subuh. Kemudian, selesai solat subuh Syeikh Abdul Wahid berdoa bahawa dia berjanji akan memerdekakan hambanya, kerana hambanya seorang yang soleh. 

Selesai berdoa, Syeikh Abdul Wahid berusaha mencari hambanya tetapi tidak berjumpa kerana dia menghilangkan diri dengan begitu cepat sekali. Syeikh Abdul Wahid mencari jalan untuk pulang ke rumahnya tetapi tidak berjumpa ini kerana tempat tersebut terlalu asing baginya.

Dengan perasaan cemas dan menyesal atas tindakannya mengekori hambanya. Ketika Syeikh Abdul Wahid mundar mandir mencari bantuan beliau ternampak seseorang berkuda sedang menuju ke arah beliau. 

Dengan perasaan tidak sabar menunggu orang itu sampai ke arahnya, lantas orang berkuda itu bertanya, "Apakah yang sedang dibuat olehmu wahai Abdul Wahid."

Syeikh Abdul Wahid kehairanan dan berkata di dalam hatinya bagaimana orang berkuda itu mengetahui namanya. Lantas, Syeikh Abdul Wahid memberitahu apa yang terjadi.

Orang yang berkuda itu memberitahu, "Janganlah kamu berasa curiga tentang apa yang berlaku."

Lantas orang yang berkuda memberitahu lagi, "Tahukah kamu berapa jauh jarak rumah kamu dengan tempat ini?".

Jawab Syeikh Abdul Wahid, "Saya tidak tahu."

Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari laju kata orang berkuda itu kepada Syeikh Abdul Wahid, kehairanan dan berkata dalam hati semasa aku mengikut hambaku malam tadi hanya beberapa minit sahaja perjalanan kemari.

Orang berkuda telah berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid jangan pergi kemana-mana tunggu sahaja di sini sampai hambamu datang dan mengikuti pulang ke rumah.

Semasa menunggu Syeikh Abdul Wahid telah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Syeikh Abdul Wahid tersedar daripada tidurnya didapati disisi terdapat makanan dan minuman yang telah terhidang dan hambanya juga berada disitu. 

Hambanya mempelawa Syeikh Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Syeikh tanpa berkata-kata hanya menurut sahaja perintah dan makan dengan selera sekali. Hambanya berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid agar tidak mengulangi perbuatan ini lagi dan tunggu sehingga hambanya selesai solat.

Seperti biasa selesai solat hambanya berdoa dan sekeping dirham diberikan kepada Syeikh Abdul Wahid, "Ini wang dirham malam tadi."

Setelah itu hambanya memimpin Syeikh Abdul Wahid berjalan dan tidak sampai beberapa saat sahaja mereka telah tiba di hadapan rumah Syeikh Abdul Wahid.

Hambanya bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid benarkah Syeikh memerdekakannya kerana Allah SWT. Lalu hambanya, menunjukkan batu penyedal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebusan pembebasannya.

Syeikh Abdul Wahid sangat hairan bagaimana batu tersebut boleh bertukar menjadi seketul emas. 

Keesokkannya, Syeikh Abdul Wahid pergi ke rumah kenalannya yang menuduh hambanya seorang penggali kubur untuk menceritakan perkara yang sebenar.

Sementara di rumahnya, anak perempuan Syeikh Abdul Wahid memarahi hambanya tentang kehilangan ayahnya selama dua malam sambil menuduh membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang.

Anak perempuan Syeikh telah mengambil batu dan membalingnya ke arah hambanya lalu terkena pada matanya yang menyebabkan mata hamba terkeluar dan dia jatuh pengsan. 

Setelah itu, ketika Syeikh Abdul Wahid balik dan mengetahui tentang apa yang berlaku. Dengan perasaan marah Syeikh Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Syeikh Abdul Wahid sangat menyesal atas apa yang berlaku tentang tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. 

Setelah itu, apabila hambanya sedar daripada pengsan dia bingkas bangun serta mengambil mata yang terjatuh tadi lalu dimasukkan kembali ke tempat asalnya sambil berdoa.

Dengan izin Allah matanya elok seperti sediakala. Kemudian, dia mengambil tangan anak Syeikh Abdul Wahid yang putus seraya membaca sesuatu dengan izin Allah tangan anak Syeikh pulih seperti sediakala.

Orang ramai kehairanan melihat kejadian luar biasa yang telah berlaku. 

Begitulah, besarnya darjat orang-orang yang taat beribadah dan patuh kepada Allah semata-mata, sehinggakan memperolehi darjat kemuliaan yang tinggi dan luar biasa dari Alllah Subhanallahu Wataala.

Semoga kisah para wali allah ini menginsafi diri ini, bahawa Allah berhak memberikan 'kelebihan' kepada sesiapa sahaja hamba yang dipilih olehNya.

Bersama-samalah kita memperelok dan meningkatkan amalan kita semata-mata hanya kepadaNya.




KISAH WALI ALLAH YANG DITUDUH MENCURI

Diceritakan oleh Zin-Nun Rahimahullah....
Suatu waktu, saya naik kapal laut menyeberangi lautan untuk mencari barang yang saya perlukan. Kapal ini penuh dengan orang-orang asing yang hendak kembali ke kampung halamannya. Tidak sengaja saya melihat seorang pemuda yang sangat tampan, dan wajahnya bersinar. Duduknya sangat tenang tidak seperti penumpang lain yang mundar mandir kerana penat. Setelah beberapa saat mengarungi lautan, kemudian terdengar pengumuman dari awak kapal, bahwa Nahkoda Kapal kehilangan barang yang sangat berharga, dan akan dilakukan pemeriksaan pada setiap penumpang, untuk itu para penumpang diharap duduk semua ditempatnya masing-masing. Saya sebenarnya merasa heran, bagaimana mungkin Nahkoda kapal itu dapat kehilang barangnya, kalau tercicir rasanya mungkin tetapi kalau kecurian?

Para penumpang silakan duduk. Kami akan memulai pemeriksaan. Demikian pengumuman diserukan oleh awak kapal. Maka dimulailah pemeriksaan. Satu persatu para penumpang diperiksa dengan saksama oleh awak kapal. Tetapi setelah hampir semua diperiksa, barang yang hilang tersebut juga belum ditemukan, sampai akhirnya pemuda yang tampan itu tiba gilirannya untuk diperiksa. Kerana pemuda itu yang terakhir diperiksa, maka para awak kapal memeriksanya dengan kasar, mungkin fikirannya mereka, Ah, rasanya dialah yang mengambilnya, kerana hanya dia yang belum diperiksa. Si pemuda protes, kerana merasa dikasari, dan melompat ke pinggir kapal sambil berkata: Bukan saya pencurinya, kenapa kasar begitu. Para awak kapal semakin curiga, kerana hanya pemuda itulah satu-satunya yang membantah dan mengejarnya serta berusaha menangkap si pemuda. Akhirnya kerana geram si pemuda akhirnya melompat ke laut. Para penumpang berteriak terkejut dan ketakutan, kemudian semua melihat ke arah pemuda tersebut menerjukan dirinya. 

Sekali lagi mereka terkejut, ternyata di lautan pemuda tersebut tidak tenggelam bahkan duduk di atas permukaan laut seperti duduk di atas lantai. Kemudian pemuda itu berteriak dengan keras: Ya Allah, mereka semua telah menuduhku sebagai pencuri ! Demi ZatMu, wahai Pembela yang teraniaya, perintahkanlah agar ikan-ikan yang ada di laut ini di mulutnya membawa permata berharga. Tak lama kemudian para penumpang dan awak kapal melihat sekumpulan ikan keluar dari dalam lautan dan di mulutnya tampak batu-batu permata berkilauan. Dengan kuasa Allah, ribuan ikan seperti pasir saja mengelilingi si pemuda dengan membawa permata yang sangat berharga dan besar-besar. Semua yang melihatnya menjadi silau dan berteriak menepukkan tangannya kepada si pemuda itu. Saya tercengang dan tidak dapat berkata-kata, begitupun dengan para awak kapal, mereka jadi bingung merasa bersalah. Apakah kalian masih menuduhku, sedangkan harta Allah ada di depanku dan dapat saja kuambil dengan mudah. Teriak si pemuda kepada kami semua. 

Kemudian pemuda tersebut menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempatnya, dan kilauan pasir permata yang tadi ada tiba-tiba menghilang kembali menjadi lautan biasa. Si pemuda berdiri diatas air dan berjalan secepat kilat menjauhi kapal sambil mulutnya terus berwirid: Hanya kepadaMu lah aku menyembah, dan hanya kepadaMu aku memohon, surah Al-Fatihah: ayat 4. Saya tidak menduga kalau pemuda ini ialah termasuk para wali Allah seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw.: Akan tetapi ada dalam umatku sebanyak 30 lelaki, hati mereka sama dengan Nabi Ibrahim AS, setiap mati seorang diantara mereka, maka akan diganti Allah orang lain ditempatnya




WALI WAFAT DI HADAPAN PARA WALI

Ada seorang wali Allah bernama Abu Jahir telah keluar dari negerinya dan tinggal di sebuah tempat yang jauh dari kampung asal bersama isteri dan keluarganya yang lain. Di tempat baru ini, dia telah mendirikan sebuah masji dan beribadah di situ dengan tekun dan tenang. Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang yang ingin belajar dan mendalami jalan menuju Allah SWT.

Pada suatu hari seorang wali Allah yang lain bernama Soleh Al-Mari berazam untuk menziarahi Abu Jahir untuk mendapatkan barakah dari beliau. Maka pada hari yang telah ditetapkan, berangkatlah Soleh menuju negeri tempat tinggalnya Abu Jahir. Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan Muhammad bin Wasi’, kenalannya yang juga seorang Wali Allah.

“Assalaamuálaikum.” kata Soleh.

“Waálaikumussalaam warahmatuLlah” jawab Muhammad bin Wasi’

Kedua wali Allah ini pun berpelukan sambil bertanyakan khabar masing-masing dan berbual mengenai masalah kesufian.

“Engkau hendak pergi ke mana?” tanya Muhammad.

“Aku hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Ke rumah Abu Jahir?”

“Ya, betul”

“Masya Allah, aku juga hendak pergi bersama.”

Kedua-duanya pun berangkat menuju ke tempat tinggal Abu Jahir dan setelah berjalan beberapa batu, mereka bertemu dengan seorang lagi Wali Allah bernama Hubaibul Ajami. Mereka bersalaman dan bertanyakan khabar.

“Hendak ke mana anda berdua ini?” tanya Hubaibul Ajami.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Aku juga dalam perjalanan ke sana”

“Kalau begitu eloklah kita pergi bersama”

Mereka meneruskan perjalanan dalam keadaan yang sungguh menggembirakan kerana bilangan mereka semakin ramai. Setelah sampai di suatu tempat, tiba-tiba mereka berjumpa dengan Malik bin Dinar, seorang wali Allah yang masyhur. Mereka bersalaman.

“Hendak pergi ke manakah kamu ini?” tanya Malik bin Dinar.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Subhanallah, aku juga sedang menuju ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

Sekarang mereka menjadi berempat dengan tujuan yang sama. Dengan kuasa Allah SWT, di tengah perjalanan, mereka berjumpa seorang lagi rakan Wali Allah yang bernama Thabit Al-Bannani. Mereka pun bersamalam dan saling bertanyakan khabar.

“Kamu hendak ke mana?” tanya Thabit.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Masya Allah, saya juga akan ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

“Segala puji-pujian bagi Allah sWT yang telah mengumpulkan kita dan pergi bersama-sama walaupun tanpa perjanjian” kata Thabit Al-Bannani

Berjalanlah kelima-lima Wali Allah berkenaan menuju rumah Abu Jahir. Sepanjang perjalanan, mereka tidak putus-putus memuji dan bersyukur ke hadhirat Allah SWT justeru mengurniakan peluang berjalan bersama menuju ke rumah WaliNya. Tidak satu pun ucapan yang keluar dari mulut mereka melainkan perkataan yang mendatangkan manfaat.

Setelah berjalan beberapa lama, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat dan solat.

“Marilah kita solat dua rakaat di sini, agar tempat ini ikut menjadi saksi esok di hari Kiamat di hadapan Allah Azza Wajalla” kata Thabit Al-Bannani

“Satu cadangan yang baik” sahut yang lain.

Lalu mereka mengerjakan solat bersama-sama dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Setelah menunaikan solat, mereka berdoa untuk kepentingan umat Islam sekeliannya untuk di dunia dan di akhirat. Kemudian mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di rumah Abu Jahir.

Terasa kedamaian pada mereka apabila terpandang rumah dan masjid yang didirikan oleh Abu Jahir. Namun mereka tidak terburu-buru mengetuk pintu atau minta izin untuk masuk demi menjaga peradaban Wali Allah. Mereka pun duduk di masjid menunggu Abu Jahir keluar untuk solat. Tidak berapa lama kemudia, waktu Zohor pun masuk. Maka keluarlah Abu Jahir tanpa bercakap apa-apa sebaliknya terus masuk ke masjid, berazan, iqamah dan solat. Kelima-lima tetamunya yang mulia itu solat berjemaah berimamkan Abu Jahir.

Selepas solat, barulah mereka menemui Abu Jahir satu persatu. Mula-mula sekali Muhammad bin Wasi’.

“Assalaamuálaikum” kata Muhammad

“Waálaikumussalaam” jawab Abu Jahir disambung dengan pertanyaan

“Anda ini siapa?”

“Saya saudaramu Muhammad bin Wasi’ “

“O...Kalau begitu andalah orang Basrah yang terkenal paling bagus solatnya itu kan?”

Muhammad diam tanpa berkata apa-apa.

Kemudian, Thabit Al-Bannani maju ke hadapan.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Thabit Al-Bannani”

“O...Kalau begitu kamu yang dikatakan sebagai orang Basrah yang paling banyak solatnya itu kan?” Tanya Abu Zahir.

Thabit juga diam tanpa berkata apa-apa.

Tiba pula giliran Malik bin Dinar.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Malik bin Dinar” jawabnya.

“Masya Allah, jadi kamulah yang termasyhur sebagai orang yang paling zuhud di kalangan penduduk Basrah, bukan?”

Malik juga tidak berkata apa-apa. Kemudian Hubaib Al-Ajami menemui Abu Jahir.

“Anda ini siapa?” tanya Abu Jahir

“Saya adalah saudaramu Hubaib Al-Ajami”

“Masya Allah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai orang yang mustajab doanya” kata Abu Jahir

Seperti yang lain, Hubaib mendiamkan diri. Akhirnya tiba giliran Soleh Al-Mari maju ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya.

“Anda pula siapa?” tanya Abu Jahir.

“Saya saudaramu Soleh Al-Mari” jawabnya.

“Subhanallah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai qari yang fasih dan bagus suaranya.”

Soleh juga tidak mengeluarkan apa-apa komen.

Abu Jahir bertafakur sebentar seperti mengenangkan sesuatu.

“Aku sebenarnya sangat rindu dan ingin mendengar suaramu wahai saudaraku” kata Abu Jahir. “Oleh itu, aku suka engkau bacakan empat atau lima ayat Al-Qurán kerana aku ingin sangat mendengarnya.”

Soleh memenui permintaannya lalu dia membuka Al-Qurán dan membaca Surah Al-Furqan : Ayat 22 yang bermaksud :

“Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata “Hijraan mahjuuraa” Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu debu yang berterbangan”

Sebaik sahaja mendengar bacaan ‘debu yang berterbangan’, Abu Jahir berteriak kuat sehingga pengsan disebabkan rasa ketakutan yang teramat sangat kepada Allah SWT. Apabila beliau sedar dari pengsannya, dia berkata “Sila ulangi pembacaan ayat tadi”

Soleh mengulangi bacannya dan apabila sampai kepada “Debu yang berterbangan”, sekali lagi Abu Jahir berteriak sehingga rebah di tempat sujud dan wafat ketika itu juga.

Soleh dan teman-teman Wali Allah nya sangat terharu menyaksikan kewafatan Abu Jahir yang mengkagumkan itu. Beliau wafat dalam keadaan amat ketakutan mendengar Kalam Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Abu Jahir muncul.

“Siapakah kalian ini?” tanya isteri Abu Jahir.

“Kami datang dari Basrah. Yang ini Malik bin Dinar, Hubaib Al-Ajami, Muhammad bin Wasi’, Thabit Al-Bannani dan saya adalah Soleh Al-Mari” jawab Soleh mewakili para aulia sahabatnya itu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata “Innaa lillaahiwainnaa ilaihi raajiúun...kalau begitu Abu Jahir telah wafat”

Soleh dan rakan-rakan wali Allah nya merasa hairan terhadap perempuan itu, kerana dia telah memastikan kematian suaminya, padahal dia belum menyaksikannya dan mereka juga belum memberitahunya apa yang telah terjadi.

“Dari mana puan tahu bahawa Abu Jahir telah wafat?” tanya mereka kehairanan.

“Saya telah banyak kali mendengar doanya di mana beliau sering mengucapkan “Ya Allah, kumpulkanlah para Aulia-Mu pada saat ajalku” dan perempuan itu menyambung “Jadi, tidaklah kamu berkumpul di sini sekarang ini melainkan Abu Jahir telah wafat”

Rupa-rupanya doa Abu Jahir telah dimakbulkan Allah SWT.

Maka para Aulia itu pun menguruskan mayatnya dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah menguburkan.

Maha Suci Allah, yang telah mewafatkan hambaNya yang mulia dan diuruskan oleh tangan-tangan yang mulia pula. Semoga kita dikumpulkan oleh Allah SWT dalam golongan orang yang baik-baik dan mati syahid..Amin Ya Rabbal Aa’lamiin.



Isnin, 7 September 2015

KATA-KATA HIKMAH



" DOSA LELAKI BANYAK PADA MATANYA, DOSA WANITA BANYAK PADA  MULUTNYA "
(8 Ogos 2015)

" BIARLAH KITA TIDAK DIHARGAI TETAPI MASIH ADA HARGA DIRI, DARIPADA HILANG HARGA DIRI DEMI UNTUK DIHARGAI "
(8 Ogos 2015)


" JANGAN TAKUT KEHILANGAN CINTA KERANA AGAMA, TAPI TAKUTLAH KEHILANGAN AGAMA KERANA CINTA "
(8 Ogos 2015)


" JIKA SYAITAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA UNTUK MEMASUKKAN KAMU KE NERAKA, BAGAIMANA KAMU BOLEH BERPUTUS ASA UNTUK MASUK SYURGA "
(8 Ogos 2015)

" SELANGKAH ANAK PEREMPUAN KELUAR RUMAH TANPA MENUTUP AURAT, MAKA SELANGKAH JUGA AYAHNYA ITU HAMPIR KE NERAKA "
(9 Ogos 2015)


" KATA-KATA MANIS DARI BIBIR SEORANG LELAKI TIDAK MENGUNTUNGKAN WANITA SELAGI TIADA ISLAM YANG MENJADI PEGANGAN UTAMANYA "
(9 Ogos 2015)

" JIKA SESEORANG HAMBA ALLAH MENAHAN KEINGINANNYA DARIPADA SESUATU YANG HARAM KERANA ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG DIINGININYA ITU MENGIKUT JALAN YANG HALAL "
(9 Ogos 2015)

" RAMAI YANG BOLEH MENJADI CANTIK DENGAN PAKAIAN, MAKE-UP, TUBUH BADAN DAN LAIN-LAIN TETAPI TAK RAMAI YANG BOLEH JADI CANTIK DENGAN AKHLAK, AKIDAH DAN TUTUR KATA "
(9 Ogos 2015)

" USAH GELISAH APABILA KAMU DIBENCI OLEH MANUSIA KERANA MASIH RAMAI YANG AKAN MENYAYANGIMU DI DUNIA INI, TETAPI GELISAHLAH APABILA KAMU DIBENCI OLEH ALLAH KERANA PASTI TIADA LAGI YANG AKAN MENGASIHIMU DI AKHIRAT KELAK "
(9 Ogos 2015)

JUALAN PEMADAM API DI SUNGAI BULOH

AKTIVITI JUALAN PEMADAM API DI SUNGAI BULOH
PADA HARI SABTU DAN AHAD SAHAJA
(8 pagi - 1 tgh hari)

PEMADAM API JENIS ABC POWDER  1KG DAN 2KG
SPESIFIKASI
YANG KECIK IKG/RM80
YANG BESAR 2KG/RM100







TUNGGU APA LAGI...JOM DAPATKAN PEMADAM API DENGAN SEGERA UNTUK
MENCEGAH KEBAKARAN....