Pages

Khamis, 2 Jun 2016

KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH DAN SI PEMBUAT ROTI

Kisah kali ini menunjukkan bukti keagungan amalan istighfar yang sungguh bermanfaat bagi kehidupan kita. Ada seorang hamba Allah yang mengaku mendapatkan keberkatan berupa terkabulnya setiap doa yang dipohon kerana rajin  beistighfar setiap saat. Semoga kisah ini dapat mempertebal keyakinan kita akan dalil-dalil al-Qur'an dan hadis sehingga kita tetap istiqomah untuk mengambil penyelesaian dari ajaran Islam yang pasti benar dan menyelamatkan.

Kisah ini terjadi pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu. Pada suatu saat ketika sedang bermusafir, Imam Ahmad ingin menginap di sebuah masjid, dimana beliau berniat untuk menghabiskan malamnya di sana. Namun penjaga masjid tidak mengenali siapa beliau ini sehingga ketika beliau meminta izin untuk berada di dalam masjid hingga datangnya waktu subuh, si penjaga masjid menolaknya. Meskipun beliau sudah berulangkali memujukk si penjaga masjid untuk membenarkannya bermalam di sana, namun keputusan dari penjaga masjid tidak berubah. Akhirnya Imam Ahmad dikeluarkan dari kawasan masjid dan beliau terpaksa mencari tempat bermalam di lain tempat.

Ketika beliau diusir hingga keluar dari masjid, kebetulan seorang tukang penjual roti yang melihat kejadian itu. Agaknya tukang roti itu tertarik untuk mengetahui apa yang sedang terjadi kepada Imam Ahmad sampai diusir oleh penjaga masjid. Ketika Imam Ahmad menceritakan yang dialaminya kepada tukang roti, si tukang roti ini menjadi sedih, dan dengan kebaikan hatinya ia menawarkan Imam Ahmad untuk menginap di rumah tukang roti. Gembira dengan tawaran si tukang roti, Imam Ahmad lantas menerima tawaran tersebut dan mereka berdua berjalan menuju rumah si pembuat roti.

Di rumah pembuat roti, Imam Ahmad dijamu dengan baik sebagai seorang tetamu. Oleh kerana ingin menyembunyikan identiti atau kerana tidak ditanya oleh tuan rumah, Imam Ahmad tidak mengenalkan dirinya sebagai Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama besar yang namanya begitu tersohor. Lalu setelah beberapa saat berbual, si pembuat roti mempersilakan Imam Ahmad untuk beristirahat, sementara ia sendiri menyiapkan adunan untuk membuat roti untuk ia jual esok hari. Lalu ada yang menarik perhatian Imam Ahmad dari pembuat roti ini. Si pembuat roti bekerja sambil beristighfar. Ia terus beristighfar dan terus melafazkannya sampai pekerjaannya selesai. Hal ini didengar oleh Imam Ahmad sehingga membuat beliau menjadi kagum. 

Keesokan harinya, Imam Ahmad yang kehairanan kemudian bertanya kepada pembuat roti,"Semalam terdengar olehku lantunan istghfar yang terus menerus engkau baca ketika engkau sedang membuat adunan roti. Katakanlah kepadaku wahai tuan, apakah engkau mendapat sesuatu dari bacaan istighfar yang engkau baca?". Hal ini nampaknya sengaja ditanyakan oleh Imam Ahmad kerana sebagai seorang ulama yang sangat tinggi ilmu agamanya tentu beliau tahu kelebihan tentang keutamaan istighfar, serta faedah-faedah bagi yang sungguh-sungguh mengamalkannya. 

Si pembuat roti lalu menjawab,“Ya.. Begitulah adanya.. Sungguh saya benar-benar telah mendapatkan faedah dari keutamaan melazimkan istighfar. Demi Allah, sejak saya melazimkan istighfar, saya tidak memohon sesuatu kepada Allah kecuali pasti dikabulkan. Doa saya selalu dimakbulkan oleh-Nya. Hanya ada satu doa saya yang belum terkabul sampai saat ini.”

Imam Ahmad bertanya, “Apa itu?”

Si pembuat roti berkata, “Permohonan untuk bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal!”

Mendengar hal tersebut, tersenyumlah Imam Ahmad. Nampaknya beliau sudah mengerti hikmah kejadian diusirnya beliau dari sebuah masjid kemarin. Allah berkehendak mengabulkan doa si pembuat roti dengan perantara peristiwa semalam sampai pada akhirnya beliau bertemu dengan si pembuat roti.

Lalu Imam Ahmad berkata,“Wahai tuan, Saya-lah Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, Allah-lah yang mengaturku sehingga boleh bertemu denganmu.”

Subhanallah. Begitu istimewanya istighfar ini sehingga Allah berkenan untuk mengabulkan setiap permohonan dari hamba-Nya. Teringat akan kisah Nabi Yunus alaihissallam. Dimana ketika beliau dihukum oleh Allah dengan cara ditelan oleh Ikan besar di dasar laut, jikalau waktu itu Nabi Yunus tidak henti-hentinya memohon ampun dengan lafadz "Laa Ilaaha ila anta, subhanaka inni kuntu minad dzholimiin" niscaya beliau tidak akan dikeluarkan dari dalam lambung Ikan tersebut. Maka dari itu sungguh istighfar dapat pula menjadi amalan pembuka pintu rezeki yang mustajab. Semoga kisah ini dapat menjadi penguat keyakinan kita akan janji Allah kepada hamba-hambaNya.