Pages

Rabu, 28 Oktober 2015

MADRASAH AL-HUSNA MEMERLUKAN BANTUAN


Madrasah Al-Husna terletak di Kampung Jelor Hulu, Pasir Puteh, Kelantan. Buat masa ini, madrasah sedang giat dibangunkan untuk kemudahan penduduk tempatan. Dalam mencapai hasrat ini, pihak madrasah di bawah kendalian:

En. Amil Rudin  (019-969 2699) 
Ustaz Azib (014-543 5815)
En. Azizi (019-928 1813)

yang merupakan Ajk madrasah memohon bantuan orang ramai bagi merealisasikan hasrat membangunkan madrasah ini.

Pihak madrasah amat memerlukan bantuan kewangan untuk menaiktaraf madrasah seperti membina pejabat khas, menaiktaraf sistem audio, membeli perabot yang diperlukan dan lain-lain. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun seperti berikut:

Akaun Madrasah Al-Husna 
03090020825364 

Bank Islam Malaysia Berhad















Pihak madrasah telah merancang pelbagai program untuk menarik minat lebih ramai penduduk terutama dikalangan muda-mudi supaya bersama-sama mengimarahkan madrasah. Antara program yang dijalankan setakat ini ialah:
1. Majlis berbuka puasa
2. Majlis solat hajat untuk pelajar UPSR
3. Majlis khatam al-Quran
4. Kuliyah Harian/Mingguan/ Bulanan

dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan. Tanpa dana yang kukuh, segala aktiviti yang akan dijalankan mungkin tidak dapat diteruskan. Oleh itu, pihak madrasah amat mengalu-alukan orang ramai yang inginkan saham akhirat agar sama-sama menderma/mewakafkan sedikit harta untuk tujuan yang baik ini.









0 ulasan:

Catat Ulasan