Pages

Isnin, 29 Ogos 2016

SMOKE DETECTOR (PENGERA KEBAKARAN)





Penggera kebakaran amat berguna untuk mengesan asap sebelum berlaku sesuatu kebakaran. Apabila penggera mengesan asap, bunyi yang kuat akan dikeluarkan bagi memberi amaran kepada pengguna.

RM 60.00 / Unit
Harga tidak termasuk pos


Selasa, 23 Ogos 2016

KISAH ILMU HALIMUNAN

Pada suatu hari ketika tentera-tentera Hajjaj mencari-cari imam Hasan al basri, ia sedang bersembunyi di tempat khalwat Habib al ajami.
"Apakah engkau telah melihat Hasan pada hari ini?" tanya mereka kepada Habib.
"Ya, aku telah melihatnya", jawab Habib.
"Di manakah Hasan pada saat ini?"
"Di dalam bilik khalwat  ini".

Para tentera tersebut memasuki pertapaan Habib dan mengadakan penggeledahan, namun mereka tidak berhasil menemukan Hasan.

"Tujuh kali tubuhku tersentuh oleh mereka". Hasan mengisahkan, "namun mereka tidak melihat diriku".

Ketika hendak meninggalkan bilik khalwat itu Hasan mencela Habib: "Habib, engkau adalah seorang murid yang tidak berbakti kepada guru. Engkau telah menunjukkan tempat persembunyianku".

"Guru, kerana aku berterus terang itulah engkau dapat selamat. Jika tadi aku berdusta, nescaya kita berdua sama-sama tertangkap".

"Ayat-ayat apakah yang telah engkau bacakan sehingga mereka tidak melihat diriku?", tanya Hasan.

"Aku membaca Ayat Kursi Rasul beriman (al-Qur'an, 2: 255) sepuluh kali, dan Katakanlah. Allah itu Esa (al-Qur'an, 112: 1) sepuluh kali. Setelah itu aku ber-kata: 'Ya Allah, telah ku serahkan Hasan kepada-Mu dan oleh kerana itu jagalah dia' ".



Kredit kepada: kisah-kekasih-allah.blogspot.my

KISAH SAYYIDINA ALI DENGAN 2 MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan Ja’far bin Muhammad, yang memiliki sanad dari ayahnya, lalu dari datuknya. Suatu ketika, datuknya Ja’far menceritakan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib karramaLlahu wajhah mengunjungi rumahnya selepas silaturahim kepada Rasulullah.

Di rumah itu Ali menjumpai isterinya, Sayyidah Fatimah, sedang duduk memintal, sementara Salman al-Farisi berada di hadapannya meminta S.Fatimah membuat kain untuknya. 

“Wahai perempuan mulia, adakah makanan yang boleh kau berikan kepada suamimu ini?” tanya Ali kepada isterinya.

“Demi Allah, aku tidak mempunyai apapun. Hanya enam dirham ini, kos upah dari Salman kerana aku telah memintal kapas untuk membuat kain yang diminta olehnya,” jawab S.Fatimah. “Wang ini ingin aku belikan makanan untuk (anak kita) Hasan dan Husain.”

“Bawa kemari wang itu.” Fatimah segera memberikannya dan Ali pun keluar membeli makanan.

Tiba-tiba beliau bertemu seorang laki-laki yang berdiri sambil berujar, “Siapa yang ingin memberikan hutang (kerana) Allah yang maha menguasai dan mencukupi?” Sayyidina Ali mendekat dan langsung memberikan enam dirham di tangannya kepada lelaki tersebut.

Fatimah menangis saat mengetahui suaminya pulang dengan tangan kosong. Sayyidina Ali hanya boleh menjelaskan peristiwa secara apa adanya.

“Baiklah,” kata Fatimah, tanda bahawa beliau menerima keputusan dan tindakan suaminya.

Sekali lagi, Sayyidina Ali bergegas keluar. Kali ini bukan untuk mencari makanan melainkan mengunjungi Rasulullah. Di tengah jalan seorang Badui yang sedang menuntun unta menyapanya. “Hai Ali, belilah unta ini dariku.”

”Aku sudah tak punya wang sesen pun.”

“Ah, kau boleh berhutang dahulu, boleh dibayar nanti.”

“Berapa?”

“Seratus dirham.”

Sayyidina Ali sepakat membeli unta itu meskipun dengan cara hutang. Sesaat kemudian, tanpa disangka, sepupu Nabi ini berjumpa dengan orang Badwi(orang Arab kampung) lainnya.

“Apakah unta ini kau jual?”

“Benar,” jawab Ali.

“Berapa?”

“Tiga ratus dirham.”

Si Badwi membayarnya tunai, dan unta pun sah menjadi tunggangan barunya. Ali segara pulang kepada istrinya. Wajah Fatimah kali ini tampak berseri menunggu penjelasan Sayyidina Ali atas kejadian yang baru saja dialami.

“Baiklah,” kata Fatimah selepas mendengarkan cerita suaminya.

Ali bertekad menghadap Rasulullah. Saat kaki memasuki pintu masjid, sambutan hangat langsung datang dari Rasulullah. Nabi melempar senyum dan salam, lalu bertanya, “Hai Ali, kau yang akan memberiku khabar, atau aku yang akan memberimu khabar?”

“Sebaiknya Engkau, ya Rasulullah, yang memberi khabar kepadaku.”

“Tahukah kamu, siapa orang Badwi yang menjual unta kepadamu dan orang Badwi yang membeli unta darimu?”

“Allah dan Rasul-Nya tentu lebih tahu,” sahut Ali memasrahkan jawapan.

“Sangat beruntung kau, wahai Ali. Kau telah memberi pinjaman kerana Allah seharga enam dirham, dan Allah pun telah memberimu tiga ratus dirham, 50 kali lipat dari tiap dirham. Badwi yang pertama adalah malaikat Jibril, sedangkan Badwi yang kedua adalah malaikat Israfil (dalam riwayat lain, malaikat Mikail).”

Kisah dari kitab "al-Aqthaf ad-Daniyah" ini menggambarkan betapa ketulusan Ali dalam menolong sesama telah membuahkan balasan berlipat, bahkan dengan cara dan hasil di luar dugaannya. 

Keluasan hati isterinya, Fatimah r.a, untuk menerima keterbatasan juga melengkapi kisah kebersahajaan hidup keluarga ini. Dokongan penuh dari Fatimah telah menguatkan sang suami untuk tetap bermanfaat bagi orang lain, meski untuk sementara waktu mengabaikan kepentingannya sendiri makan. 


Kredit kepada: kisah-kekasih-allah.blogspot.my

KISAH WALI ALLAH DAN ISTERI YANG SUKA BERLETER

Lebih kurang dalam 500 tahun yang lepas tinggal seorang Wali Allah S.W.T yang bernama Syeikh Abdurrahman banjar Al Bani. Syeikh Abdurrahman mempunyai seorang isteri. Isterinya ini setiap hari akan berleter "berleterrr... berleterrr.. berleterrr"

Tapi Syeikh Abdurrahman ini hanya bersabar saja, tiap2 hari mendengar leteran dari isteri nya...
Bertahun tahun begitu Sehingga pada Satu hari Syeikh Abdurrahman sudah tidak tahan lagi, leteran isterinya semakin lama semakin tajam, semakin lama semakin pedas, semakin tegas maka ia tidak dapat menahan dengan leteran itu..

Lalu Syeikh Abdurrahman mengambil keputusan lari dari rumahnya, maka beliau naik ke kawasan pergunungan dan diatas gunung itu ade GUA, sebaik saja dia memasuki gua itu dia berjumpa dengan dua orang yang sedang beribadah kepada Allah disitu...

Salah Seorang bertanya pada Syeikh Abdulrrahman:
"Jika kamu ingin menyertai kami, boleh tapi satu syarat"

"Apa syarat nya?? " tanya Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani..

Jawab si fulan "Ketika giliran kamu membawa makanan, kamu kena bawa makanan untuk kita bertiga"...

"Baiklah, tidak ade masalah"...

Pada keesokkan pagi salah seorang dari mereka berdoa pada Allah S.W.T.
dengan kuasa Allah S.W.T dikabulkan doanya, datang makan yang dibawanya..

Pada tengaharinya seorang lagi berdoa pada Allah S.W.T. bertawasul...

Syeikh Abdurrahman ketika itu dia tidak tahu yang dia itu seorang Wali Allah yang dia tahu dia sedang lari dari isterinya...

Sampai giliran Syeikh Abdurrahman berdoa, maka dia pun berdoa,
Subhanallah, Allah Kabulkan doanya datangkan makanan dihadapan mereka... apabila mereka makan bersama sama kemudian makanna yang dirasakan itu lebih lazat dari mereka berdua, 2 orang itu bertanya pada Syeikh Abdurrahman 

" Mengapa makanan kamu lebih lazaat dari makanan kami berdua?? Dengan siapa kamu bertawassul??"

Syeikh abdurrahman menjawab : " jika kamu hendak tahu dengan siapa aku bertawassul dengan syarat kamu berdua kene beritahu dulu dengan siapa kamu bertawassul.."

Lalu salah seorang itu beri tahu pada Syeikh Abdurrahman :- 

" kami datang diatas arahan Syeikh kami, untuk datang ke hadramaut ini untuk menuntut daripada seorang wali Allah yang kami dengar dari mulut Syeikh kami namanya Syeikh Abdurrahman banjar Al Bani, sejak kami datang kesini kami bertawassul dengan nama orang ini saja."

Syeikh Abdurrahman terkejut :- "SUBHANALLAH!!! nama yang kamu sebut itu adalah nama aku sendiri."

"SUBHANALLAH Betul ke?? " lalu ia dipeluk, di cium lantas seorang itu bertanya: "wahai Syeikh dengan Siapa kamu bertawassul?"

"Aku tidak tahu dengan siapa aku bertawassul, aku hanya bertawassul dengan orang kamu bertawassul..." 
(Yakni Syeikh bertawassul dengan dirinye sendiri)

"Wahai Syeikh Abdurrahman daripada mana kamu dapat kedudukan tinggi seperti ini??"

"Aku tidak mempunyai ibadat yang banyak, amalan sunat yang banyak, qiamulai tidak banyak cuma biasa biasa sahaja... Tapi mungkin dengan satu asbab menaikan aku darjat yang tinggi ini, selama ini bertahun tahun aku bersabar dengan leteran isteri ku.."

Mereka berdua berkata: "iyee mungkin mungkin dengan sebab kamu bersabar dengan isteri kamu menaikan darjat kamu tinggi ini"....

Syeikh Abdurrahman :- "Jadi mengapa aku terus duduk disini tidak patut lagi aku disini, aku patut bersabar dengan isteri aku dan makam ku akan terus meningkat..."

Lalu Syeikh Abdurrahman pun balik kerumah nye, waktu itu malam.. 
Sebaik saja sampai dirumah, Syeikh mengetuk pintu
"tukk! Tukk! Tuk!" Assalamualaikum
"Tuk! Tukk! Tukk!" Assalamualaikum

Lalu terdengar suara isterinya dari dalam :- " TIDUR LUAR BANG!!"

"YA ALLAH!! Xpe2 ini peningkatan makam, jangan sia sia kan"

Syeikh "Baiklahhh.."

Keesokkan subuh harinya isterinya bukak pintu dan berkata :- 

"Haa baru sekarang abang tahu abang mencapai tahap wali kerana saya, selame nie dengan leteran saya dengan sabar abg pada saya membuatkan abang mencapai tahap Wali.."

Apakah maksud semua ini??? 
Rupa rupanya isterinya Pun Wali Allah juga....


Kredit kepada: kisah-kekasih-allah.blogspot.my