Pages

Isnin, 19 Oktober 2015

MENUNDA KEMATIAN DENGAN BERSEDEKAH


Hanya Allah sajalah yang mengetahui kematian seseorang. Ada suatu kisah islamik yang patut dijadikan teladan dan dijadikan bahan renungan. Kisah seorang pemuda yang berjaya menunda kematian hingga menjadi tua hanya dengan bersedah. Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as, Beliau mempunyai seorang murid yang akan berkahwin. Tapi sebelum pemuda ini berkahwin, Nabi Ibrahim as didatangi oleh malaikat yang memberitahunya bahawa usia pemuda itu tidak sampai sehari lagi.Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh salah seorang muridnya, dan ia menceritakan bahawa ia akan menikah besok pagi. Setelah berbincang, anak muda tersebut meninggalkan Nabi Ibrahim. Beberapa saat kemudian, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim dan bertanya,

"Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" tanya Malaikat Maut.
"Yang anak muda tadi adalah sahabat sekaligus muridku," jawab Nabi Ibrahim.
"Ada apa dia datang menemuimu?" tanya Malaikat Maut lagi.
"Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan besok pagi," jawab Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak itu tidak akan sampai besok pagi," jelas Malaikat Maut.

Setelah berkata demikian, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Keesokan harinya Nabi Ibrahim berjalan menuju rumah pemuda tersebut, dan alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat pemuda itu masih dalam keadaan hidup. Dan pemuda itu akhirnya melangsungkan pernikahan dengan lancar. Nabi Ibrahim turut bahagia melihat muridnya menikah.

Walaupun gembira, bercampur rasa sedih, rasa kasihan kerana Nabi Ibrahim tahu bahawa kebahagiaannya tak akan lama. Namun lain pula yang terjadi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim melihat anak muda ini panjang umurnya, hingga usia anak muda ini 70 tahun.

Nabi Ibrahim merasa kehairanan, dan tak lama kemudian malaikat datang menemuinya. Nabi Ibrahim bertanya tentang keganjilan itu, kerana Malaikat tidak pernah akan berbohong.

"Apa gerangan yang membuat Allah SWT menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu dulu?" tanya Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup hingga sekarang," jelas Malaikat.

Kematian memang di tangan Allah. Cepat atau lambat kematian adalah hak Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, bila disebut ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah SEDEKAH. Jadi tunggu apa lagi, mari kita bersedekah semampu kita bagaimanapun keadaan kita, entah sedekah dengan harta, tenaga dan sebagainya.

0 ulasan:

Catat Ulasan